(Foto) Ini Antara Hasil Koleksi Baju Kelawar Yang Diperagakan Oleh Kaum Lelaki Sepanjang Tempoh PKP

Trending

(Foto) Ini Antara Hasil Koleksi Baju Kelawar Yang Diperagakan Oleh Kaum Lelaki Sepanjang Tempoh PKP

Setelah minggu ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), makin ramai pula yang berkongsi video dan gambar aktiviti ketika berada di rumah. Ada yang menjadi pengacara program masakan sendiri, ada pula yang membuka kelas senaman di rumah, orang muda pula tiba-tiba tahu menari di hadapan telefon dan semua ragam ini banyak dimuat naik di laman sosial.

Namun ada satu lagi perkara yang mencuit hati iaitu rancangan peragaan baju wanita yang dianggap paling selesa, baju kelawar. Tapi bukan kaum wanita yang memakainya pada kali ini tetapi kaum lelaki. Sebelum ini, kita dapat melihat bagaimana perangai lelaki terserlah apabila terpaksa membeli barangan dapur. Kini kaum lelaki sekali lagi tampil memakai baju kegemaran kaum wanita pula.

Advertisement

Mungkin terlalu lama berada di rumah, kaum lelaki berasa rimas untuk memakai pakaian yang tebal. Ditambah pula apabila hari-hari melihat kaum wanita tidak jemu mengenakan pelbagai jenis baju kelawar. Timbul perasaan ingin cuba untuk mengetahui mengapa baju kelawar ini menjadi baju kegilaan kaum wanita ketika di rumah.

Setelah merasai pengalaman bagaimana selesanya memakai baju kelawar ini, menurut mereka ada baiknya baju kelawar ini jika diangkat menjadi baju ‘rasmi’ di rumah. Dengan mempunyai corak baju yang pelbagai, tiada siapa yang akan bosan jika memakai baju kelawar hampir setiap hari.

Terdapat perkongsian di laman Twitter yang mengatakan suaminya tidak mahu menukar baju kelawar yang dipakainya kerana terlalu selesa. Hebat betul penangan baju kelawar ini. Kaum lelaki baru menyedari maksud selesa sebenar kaum perempuan apabila sudah memakai baju ini.

Ini antara perkongsian mengenai ‘pertandingan peragaan’ kaum lelaki memakai baju kelawar.

 

 

Ketika inilah hubungan kekeluargaan semakin bertambah erat. Sesetengah individu menganggap kaum lelaki memakai baju kelawar ini sebagai sesuatu yang mengarut. Jangan risau, tempoh PKP ini anda boleh gunakan untuk melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. Bersama-sama kita memutuskan rantaian COVID-19 dan kekal positif di rumah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...