Hetty Sarlene, nama yang pernah popular menerusi drama Sembilu Kasih gandingan bersama Zed Zaidi sekitar awal tahun 2000.
Lama juga kita tidak mendengar khabar beliau, tup-tup Hetty dikatakan sudah bertunang dengan seorang jejaka Britain bernama Daniel Oakes pada 25 Disember 2015 di London dan bakal bernikah pada pertengahan tahun ini di Singapura.
Daniel juga difahamkan sudah memeluk Islam dan pasangan ini jelas dilamun cinta menerusi beberapa foto yang dimuat naik oleh Hetty di akaun Instagram miliknya.
Tahniah kami ucapkan kepada Hetty Sarlene dan Daniel, erm boleh tahan juga taste Hetty bukan?