Jika hendak melangsungkan perkahwinan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga pasti pening memikirkan barangan hantaran apa yang akan diberikan.
Zaman sekarang ini banyak trend-trend terbaru tentang barang hantaran dengan memberikan barangan yang diminati oleh pasangan masing-masing.
Tetapi jika kita lihat orang dulu, mereka akan beri buah-buahan dan coklat berserta sepersalinan baju, seperangkat alat solat, senaskah Al-Quran, set wangian dan jam serta banyak lagi keperluan diri.
Kerana tidak mahu membazir membeli barang hantaran yang merapu, Syarfa Abdullah menerusi Facebooknya memuat naik foto barang-barang hantarannya yang memang berguna untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Pasti anda semua tertanya-tanya hantaran apa yang beliau berikan?
Lesung batu
Rice cooker
Vakum
Perkakas untuk masak
Lengkap sangat dah ini
Tak payah bazir-bazir beli lagi
Netizen yang melihat barang hantaran ini juga berpendapat bahawa pasangan ini tak membazir dan sediakan barangan keperluan selepas kahwin yang pasti akan digunakan.
Bagus juga idea pasangan ini. Apa hantaran rare yang korang pernah bagi dekat pasangan?
Sumber: Facebook