January 15th, 2018

Selepas dua minggu dilahirkan, pelakon Fizo Omar akhirnya berkongsi wajah anak perempuannya di akaun Instagramnya. Fizo dan isteri, Mawar Karim sepakat untuk memilih nama Wan Maryam buat puteri mereka yang lahir pada 29 Disember lalu.

Fizo turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka sekeluarga selama ini.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah wajah comel anak mereka dan hidungnya yang mancung.

Kehadiran Maryam menjadi pelengkap serta penyeri dalam hidup Fizo dan Mawar. Semoga Maryam membesar menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapa.


29 responses to “(FOTO) Fizo Omar Kongsi Wajah Anak, Pilih Nama Wan Maryam”

  1. gg says:

    betul ke kalau kita dapat baby girl, akan ikut muka ayah, kalau baby boy akan more to muka mak?

Loading...