(FOTO) Fathia Muat Naik Perbualan WhatsApp Dengan Aiman Hakim, Minta Bekas Kekasih Jangan Tunjuk Baik

Hiburan

(FOTO) Fathia Muat Naik Perbualan WhatsApp Dengan Aiman Hakim, Minta Bekas Kekasih Jangan Tunjuk Baik

Pelakon Fathia Latiff semalam kembali dengan kontroversi yang menggegarkan dunia hiburan apabila tiba-tiba menyerang bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza di laman sosial. Fathia menuntut Aiman untuk membayar semula wang beliau dan turut menggelar pelakon lelaki itu lelaki dayus.

Advertisement

Apa yang dilakukan oleh Fathia itu menerima pelbagai reaksi termasuklah daripada Sharifah Sakinah dan Michael Ang yang masing-masing mempertahankan Aiman.

Mereka menganggap apa yang Fathia lakukan hanya mengaibkan orang lain dan meminta agar beliau berbicang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tidak mahu mengalah, Fathia dilihat memuat naik beberapa ‘screenshot’ perbualan WhatsApp beliau dan Aiman mengenai urusan jual beli saham yang mereka sama-sama laburkan sebelum ini.


Terdahulu, Fathia memberitahu telah melaburkan wang berjumlah RM 20,000 untuk sejenis perniagaan dibawah Aiman. Namun, pelaburan itu mengalami kerugian dan beliau hanya menerima pulangan wang berjumlah RM 3,000. Aiman juga telah tampil menafikan beliau berhutang dengan Fathia dan menjelaskan beliau menyekat Fathia di WhatsApp dan Instagram kerana menggunakan bahasa kesat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...