(FOTO) Fathia Latiff Bercinta Dengan Pelakon Baru Muda Dan Kacak?

Hiburan

(FOTO) Fathia Latiff Bercinta Dengan Pelakon Baru Muda Dan Kacak?

Walaupun sedang dihimpit beberapa kontroversi hangat, kisah percintaan Fathia Latiff masih lagi menjadi tumpuan ramai. Kali ini, beliau dikhabarkan sudah ada kekasih baru. Wah, betul ke ni?

Advertisement

Fathia dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang aktor muda dan pernah memuat naik foto mereka bersama di akaun Instagramnya sebelum ini. Namun, tidak lama selepas itu beliau memadam foto tersebut.

Jejaka tersebut dikenali sebagai Ali Reza dan mereka sudah saling mengenali sejak setahun yang lalu. Walaubagaimanapun, Ali menjelaskan hubungan beliau dan Fathia tidak lebih dari sekadar sahabat.

Sejujurnya saya berkawan dengan Fathia. Kami dikenalkan satu sama lain oleh Bill Bora. Sepatutnya kami ada berlakon drama bersama. Tetapi tidak jadi.

Kami kembali berhubung selepas dia melihat Insta Story saya. Selepas itu saya mesej dia dan bertanya khabar. Dia seorang yang sangat kelakar dan suka bercakap.

Baru berusia 21 tahun dan masih lagi ingin menapak dalam industri hiburan, Ali tidak mahu namamya terus dikaitkan bercinta dengan Fathia dan hanya ingin memberikan fokus terhadap karier seninya.

Sumber Berita : SURIA FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...