Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(FOTO) Elfira Loy Temui Pengganti Sufian Suhaimi?

Siapa yang tidak boleh lupa dengan kontroversi kisah putus tunang Elfira Loy dan Sufian Suhaimi. Boleh dikatakan agak tragis juga, apatah lagi ia berlaku kurang sebulan daripada tarikh perkahwinan mereka. Dikala Sufian nampaknya masih cuba untuk melupakan luka di hati, khabarnya Elfira sudah bertemu dengan pengganti.

Advertisement

Dengarnya pengganti yang dimaksudkan dikenali sebagai Nabil Aqil iaitu finalis Hero Remaja 2017 dan baru-baru ini ada berlakon di dalam drama Mr Grey.

Nabil nampaknya tidak segan mengakui mereka sedang bercinta apabila memuat naik foto bersama Elfira dengan kapsyen seakan menggambarkan pelakon wanita itu kini sudah menjadi miliknya.

Malah, mereka kelihatan sangat mesra ketika berbalas komen di Instagram. Ia menguatkan lagi dakwaan Elfira dan Nabil sememangnya sedang dilamun cinta.

Advertisement

Saat netizen sedang hangat memperkatakan gosip cinta Elfira dan Nabil, Sufian menerusi akaun Twitternya pula memuat  naik status yang dikatakan berbaur sindiran kepada seseorang. Ada yang mempercayai ia mungkin berkaitan dengan kisah cinta baharu bekas tunangnya itu.

Berdasarkan pemerhatian penulis,  Elfira dan Nabil mula rapat sekitar bulan April lalu dan bakal muncul dalam sebuah telefilem raya bersama. Betul ke mereka mempunyai hubungan istimewa ataupun sekadar gimik sahaja?  Sama-sama kita nantikan respon daripada tuan empunya badan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 Comments

  1. Anonymous

    May 21, 2018 at 10:43 am

    Husya insta katanya ~

    “Top 5 Hero Remaja 2017”
    “Hero Favourite 2017”

    Pelakon? kenapa macam tak tau jek.

  2. Mak El Kaki Bawang

    May 21, 2018 at 8:49 am

    Jantan tu sapa? Haiyooo! Kau dah ready ke nak kene lahar dgn mak El si janda tue tu… Hati2 dik… Kau masuk kandang harimau tak bermakna kau boleh mengaum.. Jgn2 kau jadi mangsa seterusnya untuk dilapah.. Hahahaha… Senang2 nak bagi emoji kat org.. Alaaahai.. Pian tak mention pd sesapa tweet tu.. Mgkin untuk sang kelambai yg sibuk cari publisiti mooorahan di jualan murah raya ni..

  3. Anonymous

    May 21, 2018 at 8:14 am

    Sesuai sangat……dua-dua pun tak matang

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top