Sedia maklum, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman telah pun sah bergelar sebagai suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada malam ini.
Hal yang telah mencuri perhatian ramai apabila sewaktu Fattah dalam perjalanan untuk menunaikan solat sunat selepas sah nikah, kelihatan anak perempuannya iaitu Fatima turut berada disisi bapanya.
Fatima atau mesra dipanggil sebagai Nyama dilihat comel berbaju gaun putih.
Sekadar info, semalam, Fattah Amin ada berkongsikan satu hantaran foto di Instagram memaparkan kemesraan bersama anak kesayangan dengan meletakkan emoji hati biru di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.