January 8th, 2018

Tindakan pengacara Daphne Iking atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking memuat naik foto sedang memeluk seekor anjing mencetuskan sedikit perbalahan di Instagram meskipun beliau terlebih dahulu sudah menulis kapsyen “menjelaskan”  situasi tersebut agar tiada pihak yang mengkritik beliau.

Antara isu yang dibangkitkan ialah hukum halal atau haram seorang Islam itu memegang anjing secara sengaja dan juga proses samak yang harus dilakukan dengan betul.

Isu sebegini memang sensitif di kalangan umat Islam di Malaysia. Bak kata pepatah, niat itu tidak menghalalkan cara dan mungkin foto tersebut tidak perlu dimuat naik atas apa tujuan sekali pun demi menjaga sensitiviti sesetengah pihak.  Apa pula pendapat anda?

Sumber Video : HambaFaqir Channel


54 responses to “Foto Daphne Iking Peluk Anjing Cetus Perbalahan Di Instagram”

  1. Anonymous says:

    iman diri x kuat ….pegang anjing pun jadi isu besarrrr…pooorah…

  2. Nur says:

    Rakyat Malaysia terlalu dijolokkan dengan anjing x boleh pegang, najis. Dari kecik kita dh diajar untuk takut2 dengan anjing sbb tu ramai lari lintang pukang. Sedih bila tgk masyarakat melayu yang suka judge org daripada luaran orang, contoh, tgkla laki di pn mcmane, takkan dia nk tego Daphne. Who are we to judge them?? yes, they are celebrities, but are you pious enough to question ppl liddat?? Amik tahu tu boleh tp jgn sampai menghina. Islam di Malaysia dikaca mata orang bukan islam penuh dengan penganut yang suka rasa mereka lebih betul dari orang-orang lain? Sekalipun kita pernah baca masuk Al-Qurán dari kulit ke kulit, kita sehina-hina makhluk tidak layak mengatakan orang lain begitu skali. Baca komen saya dengan mata hati.

Loading...