Sambutan Hari Merdeka yang ke-67 tahun ini telah menyajikan perbarisan dan perarakan melibatkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam serta 439 aset ketenteraan.
Disebabkan sambutan ini disambut besar-besaran, pasti akan ada pelbagai ragam dan karenah di Dataran Putrajaya kan? Jom tengok 5 ‘ragam’ yang berlaku sepanjang perbarisan Hari Kemerdekaan ke-67 berlangsung!
1. Kucing ‘oyen’ memang ‘stailo’
Lengkap memakai baju bertemakan bendera Malaysia dan tanjak di atas kepala, kucing ‘oyen’ ini berjaya menarik perhatian ramai dengan imej ‘stailo’ nya. Susulan berpakaian seperti itu, orang ramai dilihat berhenti untuk mengambil gambar serta video kucing tersebut.
2. Bakal lahirkan ‘baby’ Merdeka
Siapa sangka semangat ‘mak buyung’ mahu melihat perarakan Hari Merdeka bertukar kepada bakal melahirkan baby Merdeka. Tular di platform media sosial video seorang ibu hamil dipegang oleh suaminya serta pengawai PDRM disisi kerana tanda-tanda akan bersalin datang ketika sedang tonton perbarisan Hari Merdeka.
3. Anak siapa yang ‘terlepas’ masuk perbarisan ni?
Seorang kanak-kanak kecil dilihat berlari di bahagian tengah Dataran Putrajaya tanpa ibu bapa disisi, di mana ketika itu perbarisan sedang berlangsung. Ia telah menarik perhatian ramai selepas seorang askar mengejarnya untuk diberikan semula kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut.
4. Abang bomba bagi ‘pick-up line’
Sejak tahun lalu, boleh dikatakan ‘Abang Bomba’ menjadi perhatian dan pilihan para gadis yang hadir untuk melihat perbarisan Hari Kemerdekaan. Tahun ini, ‘Abang Bomba’ kembali mencairkan hati gadis-gadis dengan membuat pick-up line manis untuk yang menonton mereka.
5. ‘Dah macam Thor anggota TLDM ni!’
Persembahan kawad kaki yang dipaparkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia ketika perbarisan Hari Merdeka telah menarik perhatian selepas salah seorang anggota melakukan aksi seolah-olah di dalam filem Thor. Ahli anggota tersebut berjaya menangkap tongkat yang dibaling tanpa jatuh ke tanah dengan penuh gaya.