Tiz Zaqyah, heroine drama Nur Kasih memang buat kami respek habis kat dia. Rasanya semua orang tau kami pernah keluarkan foto Tiz Zaqyah bersosial dengan kawan-kawan dia dulu. Hari nie dalam BIPOP, Tiz dah pun bagi komen tentang penyebaran gambar bersosial dia. Terharu pulak bila kami baca kenyataan awek Nur Kasih nie:-
[note]Bagi saya Tuhan Maha Adil. Apabila tersebarnya foto berkenaan di Internet, saya percaya ini mungkin pembalasan Tuhan pada diri saya di atas kelalaian dan kesilapan masa silam. Saya reda dan saya cuba memperbaiki diri saya sebaik mungkin[/note]
Tabik spring kami kat Tiz Zaqyah. Mana ada artis nak mengaku kesilapan dia macam si Tiz nie. Dulu pun Waheeda ngan Akhil Hayy dah kantoi gambar jalan-jalan pun taknak ngaku lagi. Tup-tup dah kawin dah. Tahniah kepada Tiz sebab tak hipokrit dalam hal nie. Yang penting sekarang nie Tiz dah sedar kesilapan dia dan pastinya kena berhati-hati lepas nie.
Eh, tapi lupa nak cakap yang Tiz pedih kena hentam pasal gambar sosialnya dalam blog gosip. Tapi ternyata blog itu bukanlah BeautifulNara. Kami nie mengutuk tue mengutuklah jugak. Mana yang tak betul kami akan cakap tak betul. Tapi semuanya dibuat secara berlapik. Takderlah hentam terus. Bak kata kami sendiri, bergosiplah secara berhemah. Kutuk boleh, tapi pakailah ayat-ayat sindiran.
Buat Tiz Zaqyah, semoga terus maju jaya dalam bidang lakonan anda. Bak kata anda sendiri, hati-hatilah memilih kawan. Gambar sosial Tiz Zaqyah yang tersebar tue takkan jadi tatapan ramai orang kalau bukan kerana ada kawan yang dah jadi lawan. Harap Tiz dapat hati-hati selepas ini.
P.S: Makin lama makin best drama Nur Kasih kat TV3 tue. Jangan lupa tengok setiap Jumaat. Memang mantap beb.