Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Foto Berpegangan Tangan Bersama Seorang Lelaki, Zulin Aziz Mahu Privasi, Trauma Kongsi Kisah Cinta

Akui sudah trauma berkongsikan perihal peribadi dan soal cinta kepada umum, pelakon Zulin Aziz kali ini memilih untuk lebih privasi dan hanya mahu peminat mengenalinya atas dasar karier dan perniagaan.

Ini berikutan tindakannya memuat naik foto romantik bersama seorang jejaka sambil memegang tangan masing-masing telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Advertisement

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 31, dia ingin merahsiakan identiti lelaki tersebut selepas dinasihati ahli keluarganya. Tambahnya lagi, dia hanya berkongsi gambar tersebut sebagai kenangan dan ingin menjalani kehidupan secara privasi.

“Apa yang jadi sebelum ini merupakan satu pengajaran buat saya. Jadi saya taknak komen mengenai foto terrsebut dan saya juga mahukan privasi. Lagipun atas nasihat keluar supaya tidak terlalu mendedahkan apa-apa. Bagi saya cukuplah perkongsian saya itu dan tidak mahu ulas lebih lanjut kerana netizen sekarang ini sangat bahaya,”

Rata-rata netizen telah membuat spekulasi yang mengatakan bekas penyampai radio Sinar FM itu kini sedang dilamun cinta.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Perkembangan terkini, Zulin kini sibuk menguruskan perniagaan makanan sampingan yang dijalankan secara dalam talian dan sedang menjalani penggambaran drama dan telefilem berjudul Penjara Janji dan Sabotaj Raya.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    November 23, 2020 at 10:43 am

    Yarkkk, privasi apa mcm tu.. pas tayang suruh natizen diam.. mmg ko mendapat la..cuba ko diam2… cehhhh.. tah la labu

  2. Anonymous

    November 23, 2020 at 8:40 am

    Nak privasi…tapi share gambar..
    Apaaa….laa
    Kalau betul nak privasi…tak yah lak nak letak gambar bagai, saje nak mengundang persoalan orang ramai. Diam2 je sudah la dik oiii..
    Tau-tau je…dah nak bertunang/nikah

    • lila

      November 23, 2020 at 1:11 pm

      acah sangat kan? aahhaha

  3. Shifa

    November 23, 2020 at 7:24 am

    Alahai Zulin..

  4. me

    November 23, 2020 at 3:04 am

    again? kisah jantan… senyap2 sudah ko show off netizens speku ko bising.. dasar attention seekers

    berpegang tgn bkn muhrim haram ye

  5. Anonymous

    November 22, 2020 at 4:17 pm

    Semoga zulin aziz bertemu jodoh cepat2..aamiin

Loading...
To Top