Foto Bedah Siasat Tular Di Telegram, Peguam Bela Ibu Bapa Zayn Rayyan Cadang Bawa Kes Ke Jabatan Integriti Bukit Aman (JIPS)

Berita

Foto Bedah Siasat Tular Di Telegram, Peguam Bela Ibu Bapa Zayn Rayyan Cadang Bawa Kes Ke Jabatan Integriti Bukit Aman (JIPS)

Peguam mewakili ibu bapa kepada mangsa pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin memaklumkan pihak mereka masih belum menerima sebarang perkembangan terkini siasatan berkenaan isu tularnya foto bedah siasat kanak-kanak malang itu di Telegram.

Sebelum ini, laporan mengenai kebocoran foto dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat salah seorang ahli keluarga Zayn serta pihak polis.

Advertisement

Ibu bapa zayn rayyan

Difahamkan ada siasatan yang dijalankan berkaitan perkara berkenaan bagaimanapun masih belum ada kesimpulan berhubung kes itu.

Dalam soal ini, bukan kita mendiamkan diri namun menunggu sama ada siasatan tersebut dibuat secara telus dan adil serta apa hasil daripada siasatan dijalankan.

Menurut Fahmi lagi, keluarga ibu bapa Zayn juga dicadangkan untuk membawa isu itu kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Sekiranya tidak ada sebarang tindakan berhubung kes kebocoran gambar dan maklumat siasatan ini, polis mencadangkan agar isu itu dibawa kepada JIPS Bukit Aman.

Apa sahaja siasatan yang dilakukan hendaklah dimaklumkan kepada kami berhubung perkara ini.

Terdahulu, pihak polis dilaporkan ada menyiasat penyebaran gambar memaparkan kecederaan yang dialami satu mayat dipercayai Zayn Rayyan dipercayai diambil ketika prosedur proses bedah siasat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isu GISBH
1 day ago

Isu GISBH: Sebahagian Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Di ‘Bin’ Kan Abdullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...