Pelakon terkenal Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto percutiannya di sebuah pulau, menampilkan tubuh sasa tanpa berbaju.
Dalam perkongsian di Instagram, aktor berusia 39 tahun itu memperlihatkan otot perut yang jelas dan tubuh tegap, membuatkan ramai pengikut, khususnya wanita, teruja. Ramai yang meninggalkan komen berseloroh, ada yang mengatakan terus segar mata selepas melihat hantaran tersebut, malah ada juga yang cuba menarik perhatian Zul dengan ucapan manja serta salam perkenalan.
View this post on Instagram
Perkongsian itu bukan sahaja menghiburkan, malah menambah aura karisma Zul yang sering tampil dengan imej maskulin. Ramai memuji penampilannya, apatah lagi selepas beliau sebelum ini berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh dua bulan demi menjayakan watak dalam filem aksi terbaru.
Dalam hantaran sama, Zul turut berkongsi foto otot perutnya sambil menyertakan lagu Enter Sandman nyanyian kumpulan legenda Metallica sebagai muzik latar, menambahkan lagi ‘vibe’ macho pada perkongsian tersebut.