October 18th, 2017

Sedang hamil anak pertamanya bersama suami tercinta Nedim Nazri, pelakon jelita Nora Danish sempat berkongsi foto baby bump beliau di akaun Instagram. Usia kandungan Nora difahamkan sudah 17 minggu dan Nora masih lagi mempunyai susuk tubuh yang menawan.

Foto tersebut mencuri tumpuan netizen yang rata-rata teruja melihat kecomelan baby bump beliau dan mendoakan agar Nora dan kandungan sentiasa sihat.

Berikut antara komen netizen :-

Nora dan Nedim sah bergelar suami dan isteri dalam satu majlis tertutup pada 30 Mac lepas. Sebelum ini Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli.


Comments are closed.

Loading...