Umum mengetahui pelakon Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Terkini, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik beberapa keping foto yang menampakkan ‘baby bump’ miliknya yang semakin membesar. Dalam kapsyen sama, Eyka turut meluahkan rasa syukur atas perubahan fasa kehidupannya yang indah daripada seorang isteri kepada bakal ibu tidak lama lagi.
Namun, di sebalik limpahan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti, terdapat segelintir netizen yang memberikan teguran terhadap penampilan pelakon itu. Antara yang dipersoalkan ialah pemilihan pakaian yang dianggap terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan meskipun mengenakan dres labuh.
Antara komen yang dilontarkan warganet termasuk:
“Segannya tengok pakaian 😭.”
“Kenapa la pakai macam tu, sangat tak sesuai bawa gelaran seorang Muslim. Tolong la jaga cara berpakaian. Bangga ke tunjukkan pada dunia. Allahuakbar.”
“Allah dah bagi dan kabulkan doa kita. Kita sayang lah Allah juga usaha jaga aurat kita macam mana Allah suruh. At least berpakaian sopan pun dah cukup sebagai permulaan. Post gambar baju ketat-ketat nampak kulit badan tapi guna kalimah-kalimah Allah. Tak rasa segan ke kat Allah buat apa yang Dia tegah?”
“Mengandung tutuplah aurat, suami dosa tak tegur isteri.”
Sekadar info, Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada Akhyar Rashid pada 2 Mei 2025. Hasil perkahwinan tersebut, Eyka kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan rumah tangga pasangan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
