Pelakon jelita, Atikah Suhaime menamatkan zaman solo apabila dia sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz pada jam 8.55 malam Ahad.
Berwalikan bapa Suhaime Jamali, pernikahan Atikah dan Lokman disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bertemakan Sakura, perkahwinan tersebut dilangsungkan di sebuah dewan sekitar Kuala Lumpur dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat kedua-dua mempelai.
Difahamkan, aktres itu menerima tujuh dulan berbalas sembilan selain menerima mas kahwin bernilai RM300 sementara wang hantaran pula dirahsiakan.
Sebelum ini, Atikah dan Lokman sudah menjalin hubungan cinta sejak tahun 2019 dan mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.