(FOTO) Anzalna Nasir ‘Approved’ Tunang Afifah Nasir – “Hariz Lelaki Budiman, Macam Suami Saya”

Hiburan

(FOTO) Anzalna Nasir ‘Approved’ Tunang Afifah Nasir – “Hariz Lelaki Budiman, Macam Suami Saya”

Pelakon Afifah Nasir semalam telah selamat bergelar tunangan kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Syed Hariz.

Aktres itu turut berkongsi momen-momen istimewa di saat dirinya dilamar tunang di Instagram miliknya untuk tatapan peminat di media sosial.

Advertisement

Selamat bergelar tunangan orang

 

AfifahSumber : Instagram  

Satu majlis pertunangan serba ringkas namun mewah turut diadakan  di kediaman ibu bapanya di Hulu Kelang, Selangor sebagai simbolik status Afifah yang kini milik orang.

Anzalna Nasir ‘Approve’ Syed Hariz

Kakak kepada Afifah, pelakon Anzalna Nasir juga tampil memberi ‘restu’ di atas pertunangan adiknya itu dan bersyukur kerana dia telah menemui puteri impian dan selangkah lagi ke gerbang perkahwinan.

Kata Anzalna lagi, keluarga mereka menyenangi Hariz dan lelaki itu mempunyai peribadi yang baik serta budiman, sama seperti suaminya, Hanif Zaki.

afifahSumber : Instagram  
AfifahSumber : Instagram  

Kami semua memang menyenangi keperibadian Hariz yang berbudi bahasa, menghormati orang sekeliling serta pandai menyesuaikan diri.

Paling utama mereka pasangan serasi dan saling mencintai. Nampak Afifah bahagia sudah cukup menggembirakan kami.

Difahamkan juga, tarikh pernikah Afifah dan Hariz masih belum diketahui namun diramal berlangsung pada tahun ini.

Semalam, Afifah berkongsi foto dia dilamat Hariz disayap sebuah pesawat ringan bersama sebentuk cincin berlian jenama mewah  dan sejambak bunga.

Aktres itu juga meletakkan tanda pagar yang menggabungkan nama mereka iaitu #AfifahSyedYE.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bekas isteri Fizi
10 months ago

"Semoga Kalian Berbahagia Atas Segala Perbuatan Kalian" - Hantaran Lama Facebook Milik Bekas Isteri Kepada Suami Pelakon Wanita Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...