Awal tahun 2000 lalu, fenomena program Akademi Fantasia (AF) sememangnya menjadi sebutan dan igauan peminat gara-gara populariti rancangan itu yang ‘top’ dan sering diperkatakan, malah sehingga kini.
Jika anda pengikut rancangan hiburan tersebut, pasti pernah menghabiskan wang ringgit untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing untuk terus kekal dalam Akademi Fantasia.
Sumber : Google Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi TikTok difahamkan anak kepada bekas ahli AF musim ke-2 iaitu Mas ada memuat naik video yang memperlihatkan keadaan terkini penyanyi itu.
Mas atau nama sebenarnya Asma Ghani merupakan peserta program tersebut untuk musim ke-2 dan sememangnya dikenali dengan kemampuannya menyanyikan lagu bergenre rock.
Namun, Mas tersingkir sebelum ke peringkat akhir dan nampaknya masih lagi diingati netizen di luar sana.
Sumber : Google
Sumber : Google Mengimbas sedikit kisah penyanyi ini, Mas pernah mengamuk di balai polis Ampang kerana mengalami tekanan jiwa akibat disaman kerana memandu tanpa lesen.
Gara-gara kerjaya nyanyian yang mula merudum, Mas kehabisan wang sebelum kembali ke Sabah dan menguruskan bisnes satenya di sana selain menyanyi di majlis-majlis kecil.
