Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(FOTO) Adakah Jejaka Ini Bakal Suami Marsha Milan Londoh?

Beberapa hari lepas, sekeping kad kahwin yang tertera nama Marsha Milan Londoh dan kekasihnya Mohd Saiful Nizam telah tersebar di media sosial. Menurut tarikh dalam kad jemputan tersebut, majlis perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 8 Januari tahun hadapan.

Terbaru berdasarkan kiriman e-mail yang kami terima, Marsha dan Saiful khabarnya akan bernikah di Pulau Pinang pada 31 Disember ini manakala majlis resepsi mereka akan diadakan di Shangri – La’s Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu Sabah pada 5 Januari 2016.

Advertisement

Sumber tersebut juga ada mengirim beberapa foto seakan majlis merisik ataupun suai kenal bersama keluarga kedua-dua belah pihak.

Menariknya, adakah jejaka yang berdampingan dengan Marsha itu adalah bakal suaminya? Erm, jika benar mereka tampak agak sesuai bersama.

Nampaknya Marsha Milan Londoh telah bertemu dengan pasangan yang cukup sesuai buat dirinya. Harapnya selepas ini Saiful dapat membimbing serta menjaga Marsha dengan baik sebagai seorang Islam. Semoga segala perancangan pasangan ini untuk berkahwin akan berjalan dengan lancar.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama