Melalui laporan Kosmo, penyanyi rap dikenali ramai iaitu MK akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya pada konsert Duo Terhangat McDonalds di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT, semalam.
Difahamkan, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin melakukan perkara tersebut secara spontan sewaktu menyampaikan lagu ‘Haa Tepuk’.
Tidak berkata apa-apa, penyanyi yang juga seorang pelakon itu mendukung anak perempuannya sambil menyanyikan beberapa baris lagu Pulang.
Hal yang meraih perhatian ramai apabila si kecil yang baru berusia 11 bulan itu kelihatan tenang bersama bapanya di atas pentas untuk beberapa minit, sebelum MK membawa dia turun pentas.
View this post on Instagram
Sekadar info, Ogos tahun lalu, isteri MK iaitu Siti Hajaar telah selamatkan melahirkan anak sulung mereka yang merupakan bayi perempuan.