Berkenalan menerusi drama ‘Hero Seorang Cinderella’, siapa sangka hubungan Fattah Amin dan Fazura sebagai rakan sekerja bercambah sehingga membawa mereka ke gerbang perkahwinan.
Walaupun majlis pernikahan berlangsung secara senyap-senyap namun berita gembira itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan peminat dan orang ramai. Rata-ratanya membanjiri kedua-dua Fattah dan Fazura dengan ucapan tahniah.
Setelah hampir 3 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ideal ini menerima perkhabaran indah apabila mereka disahkan bakal menimang cahaya mata pada awal tahun ini.
Fazura sendiri telah berkongsi berita kehamilannya itu di laman Instagram. Melihatkan bakal ibu itu yang kelihatan semakin berseri dari hari ke hari dengan ‘baby bump’ yang sudah jelas kelihatan, ianya nyata membuatkan para peminat teruja untuk menantikan anak sulung mereka.
Pengumuman kehamilan secara rasmi pada bulan ke-4
Nampak jelas kebahagian pada wajah Fazura kerana kehadiran anugerah ini
Tengah mengandung pun still jalankan tanggungjawab sebagai isteri tahu
Pergi janji temu doktor pun nampak berseri
Sambut raya tahun hadapan bertiga ya?
Sedang merenung fikirkan nama anak ke?
Kandungan Fazura dah masuk bulan ke-6, tak sabarnya!
Melihatkan kesemua gambar Fazura yang sedang mengandung ini, nampaknya wanita ini sangat gembira kerana bakal menjadi ibu tak lama lagi.
Semoga semuanya berjalan lancar buat Fattah dan Fazura!