Sebiji fosil dinosaur telah dijumpai oleh sebuah kumpulan pekerja pembinaan di China sewaktu mereka sedang melakukan kerja memecah tanah, lapor sebuah media di sana.
Menurut seorang saintis tempatan, 20 hingga 30 puluh longgokan fosil telur yang dijumpai di timur wilayah Jiangxi ini dianggarkan berusia lebih kurang 130 tahun ;- pada zaman tempoh Cretaceous.
Kawasan fosil yang dijumpai itu adalah sebuah tapak pembinaan bagi sebuah sekolah, lapor Daily. Objek berbentuk bujur dan serpihan gelap ditemui setelah letupan tapak selesai dan kerja-kerja memecahkan batu besar sedang dilakukan.
Kerja-kerja pembinaan diberhentikan serta-merta dan pihak berkuasa China telah dihubungi sejurus selepas penemuaan itu. Kawasan itu dilaporkan merupakan sebuah kawasan tepi tasik suatu ketika dahulu, dimana tempat yang sesuai untuk pembiakan dinosaur.
Fosil telur itu telah dipindahkan ke sebuah muzeum daerah bagi tujuan penyelidikan lanjut.
Daerah Dayu adalah merupakan sebuah bandar yang terkenal kerana diberikan nama “Bandar Dinosaur Di China” baru-baru ini.