Written by Bella | November 22nd, 2018

Semalam kumpulan Forteen telah mengadakan satu sidang media khas berkaitan isu Izzue Islam membuat keputusan mengejut untuk menarik diri daripada kumpulan itu.

Ariz Lufias yang mewakili ahli kumpulan Forteen yang lain mendedahkan mereka tidak pernah bertindak memulaukan Izzue seperti yang didakwa. Hanya timbul sedikit salah faham kecil mengenai pemilihan lagu pada saat-saat akhir.

Kami agak terkejut dia keluarkan kenyataan dipulaukan oleh anggota yang lain sedangkan kami tidak diberikan ruang untuk bercakap. Masalah yang dihadapi oleh kami tidak besar mana, mungkin dia salah faham mengenai pemilihan lagu sebelum kami melakukan persembahan di ‘Gegar Vaganza Party Road to Finale’.

Dia beranggapan bahawa kami tidak mendengar pendapatnya tentang pemilihan lagu dan belum sempat kami nak kata apa-apa mengenai lagu yang dipilih, dia terus mendiamkan diri dan tiga hari selepas itu dia buat keputusan untuk mengundurkan diri.

Sebenarnya, mereka mahu berbincang mengenai segala masalah yang dihadapi dengan cara baik, namun Izzue sudah membuat keputusannya.

Terdahulu, Izzue ketika acara karpet merah final GV5 mengumumkan meninggalkan Forteen kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka. Bukan itu sahaja, Izzue turut mengatakan beliau sudah beberapa kali dipulaukan oleh ahli kumpulan yang lain sehingga tahap tidak bertegur sapa langsung.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Petchmono & FS Studios

23 responses to Forteen Tidak Pernah Pulaukan Izzue Islam, Hanya Salah Faham Kecil

  1. Chohkri Yulis. says:

    Kru pn pnah gaduh gile2. G tanya org recording thula. Kelebihan diaorg sbb diaorg adik bradik. Kalau x btahan lamala. Slah 1 pnyelesaian dia mcm mna? Bg Norman handle pengurusan utama company. Yusry fokus bahagian produksi. Edry plak Kru bg dia cipta semua lagu Kru stat album brape ntah. Kalau x dlu brebut2 wat lgu. Haha. Part nyanyian semua diaorg dh kc ejas. Yusry xde rap. Spatutnya kump kna bbincang agih klebihan masing2. Aku tgk artis skang follow cara camni ialau kump Bunkface.

  2. cute_cici says:

    Jambu2 gak ye

  3. minah says:

    c izu ni pun perasaan bagus,berlakon pun poyo.buat lawak tak menjadi….

  4. Ikhlas says:

    Izzue tu dah lama kot pendam..dia ckp bukan pertama kali..sebnrnya x pyh kisah pun sbb org kenal ko sbg izzue islam bukannya izzue forteen…ko pun berlakon best jd jahat, komedi, jadi hero semua okey..tak silap aku ko penah menang award pelakon harapan kan utk filem 29 feb..sejak ko kawen je kurang skit berlakon. Ko fokus je lakonan ko lebih bersinar sbg pelakon..ko bukan xbleh nyanyi dik tapi sengau skit bunyinya hahhaa

  5. Bawang putih says:

    Memang harus kau tinggalkan kumpulan 14…kau memang best jadi pelakon! Watak jahat, baik, kelakor…..semua menjadi!