“Formal Sangat Nak Panggil YB..” – Bella Astillah ‘Wish’ Hari Lahir, Respon Syed Saddiq Jadi Tumpuan

Hiburan

“Formal Sangat Nak Panggil YB..” – Bella Astillah ‘Wish’ Hari Lahir, Respon Syed Saddiq Jadi Tumpuan

Ucapan balas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada hantaran ulang tahun yang ditinggalkan Bella Astillah benar-benar menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi peminat di media sosial.

Bella, 30, memuat naik ucapan sempena ulang tahun ke-32 ahli politik itu di Instagram, dan Syed Saddiq membalasnya dengan ayat penuh makna yang membuatkan warganet ‘gelisah tak tentu hala’.

Advertisement

Formal sangat nak ber-YB, awak paling baik dan manis. Terima kasih kerana selalu bersama saya.

Komen ringkas namun sarat dengan mesej tersirat itu pantas mencuri tumpuan peminat, sehingga ramai berkongsi tangkap layar ‘moment’ tersebut di platform lain.

Bella astillah

Tidak cukup dengan itu, ruangan komen dipenuhi peminat yang mula membuat spekulasi tentang hubungan rapat mereka  ada yang teruja, ada yang berharap ia membawa ke fasa lebih serius.

Antara komen netizen:

YB sekarang tak ada cover-cover lagi ya. Argghh tak sabar tunggu majlis BASS!

Mesti dah tak lama… dah ada dalam planning. Tunggu masa je nak umumkan.”

Walaupun kedua-duanya belum membuat sebarang pengesahan mengenai status hubungan mereka, interaksi manis ini nyata membuatkan peminat semakin ‘ship’ pasangan ini dan berharap ada berita gembira menanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah Amin
2025-12-08 13:11:22

Makcik Hamidah Ismail, Jaga-Jaga Amira Othman Dah Hafal Nama - "Dia Selalu Kutuk Saya, Sampai Boleh Ingat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...