“Forever Handsome” – Usia Dipermain Shahril, Netizen ‘Back Up’ KJ

Automotif

“Forever Handsome” – Usia Dipermain Shahril, Netizen ‘Back Up’ KJ

Tak cukup bergurau haritu, sempat lagi Shahril mengusik KJ dalam episod terbaru Keluar Sekejap (KS) Lagi. Nak kena Shahril ni… 

Untuk anda yang terlepas kereta api tu, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan kini sibuk mengacara pod siar (podcast) Keluar Sekejap (KS) Lagi tau. 

Advertisement

Berbeza dengan pod siar sebelum ini, Keluar Sekejap Lagi adalah pod siar yang lebih santai, jadi kalau anda nak tengok telatah KJ dan Shahril, berborak topik-topik semasa, jangan lupa ikuti media sosial Keluar Sekejap Lagi okay?

Tercalar Imej Muda KJ, Jawapan Shahril Mencuit Hati Tetamu

Macam yang anda tahu, Khairy Jamaluddin sentiasa tampil dengan imej muda remaja, walaupun usia telah pun mencecah 48 tahun. 

Namun, dalam episod KS Lagi baru-baru ini, menerusi sebuah temu bual, jawapan KJ yang bersahaja mengenai imej itu telah disambut dengan usikan Shahril. 

Untuk konteks, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi, menyatakan bahawa kereta MG menampilkan imej ‘youthful excitement’. Justeru, KJ pada waktu itu bertanya pada Shahril, adakah dia kelihatan muda apabila memandu kenderaan tersebut. 

Tanpa berfikir panjang, Shahril terus menidakkan dan sambung menjawab kelihatan muda itu adalah atas diri sendiri, bukan sebab kereta. 

Respon seloroh Shahril itu mengundang gelak tawa oleh tetamu pada waktu itu.

Buat ‘Comeback’, Jenama MG Perkenal Imej Baru & Sedia Untuk Pasaran Automotif Malaysia

MG Motors

Kalau anda mengikuti rapat pod siar KS Lagi, pastinya anda tahu KJ dan Shahril Hamdan membawa tetamu-tetamu istimewa mereka menaiki kereta jenama MG betul tak? Persoalannya, jenama MG buat ‘comeback’ ke?

Untuk anda yang tak tahu, jenama MG bukanlah sebuah jenama asing dan telah pun menapak sejak tahun 1920an di mana jenama ini menghasilkan kereta-kereta sukan British yang cukup terkenal pada waktu itu. 

MG Motors

Baru-baru ini, jenama MG membuat kemunculan semula dengan imej baru serta memperkenalkan dua model yang telah dilancarkan pada April lalu iaitu MG4 dan MG ZS. 

Menerusi temu bual KS Lagi bersama orang kuat SAIC Motor Malaysia, jenama MG akan mempromosikan kenderaan elektrik (EV) dalam pasaran automotif Malaysia, dalam masa yang sama jenama ini juga akan memperkenalkan model enjin pembakaran dalaman (ICE).

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang jenama MG dan bagaimana gelagat KJ dan Shahril apabila diberi peluang untuk pandu uji kereta MG HS, jangan lupa tonton episod terkini Keluar Sekejap Lagi tau!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...