Forbes Tarik Semula Gelaran ‘Billionare’ Kylie Jenner Selepas Disyaki Berlaku Penipuan

Trending

Forbes Tarik Semula Gelaran ‘Billionare’ Kylie Jenner Selepas Disyaki Berlaku Penipuan

Majalah Forbes telah menarik semula gelaran yang diberikan kepada bintang dan usahawan TV realiti, Kylie Jenner dari senarai jutawannya. Forbes turut menuduh keluarga Kylie Jenner menaikkan nilai perniagaan kosmetiknya dan memalsukan keuntungan sebenar syarikat.

Forbes telah mengisytiharkan jutawan berusia 22 tahun itu pada bulan Mac 2019 kerana populariti jenama Kylie Cosmetics. Tetapi kini telah mengeluarkannya dari senarai mereka dengan memetik maklumat terbaru.

Advertisement

Jenner menjual 51 peratus kepentingan dalam jenamanya kepada syarikat gergasi kecantikan Coty pada Januari lalu. Ianya dijual dengan harga $600 juta dalam perjanjian yang membawa nilai $1.2 bilion kepada syarikat itu.

Forbes mengatakan dalam sebuah artikel yang diterbitkan di laman webnya bahawa cetakan daripada perjanjian itu menunjukkan bahawa perniagaan itu “jauh lebih kecil dan kurang menguntungkan” daripada yang mereka percayai.

Ia juga menuduh keluarga terkenal itu di mana Kylie sebagai ahli keluarga termuda, membuat penyata cukai yang “kemungkinan dipalsukan”.

kylie jenner

Kesanggupan luar biasa yang telah dilalui oleh Jenners termasuk menjemput Forbes ke rumah-rumah mewah mereka dan pejabat CPA. Malah sanggup membuat penyata cukai yang kemungkinan palsu hanya untuk menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk kelihatan lebih kaya.

Dikatakan, maklumat baru dan kesan COVID-19 terhadap penjualan kecantikan menyebabkan mereka percaya bahawa dia bukan seorang jutawan. Walaupun dia dianggarkan menerima sekitar $340 juta setelah cukai dari penjualan tersebut.

Tetapi angka yang diterima jauh sekali jika mahu menyalahkan pandemik ini sebagai punca. Forbes menganggarkan bahawa kekayaan peribadi Jenner hanya di bawah $900 juta sahaja di mana jauh sekali daripada yang disangka.

kylie jenner

Namun kenyataan Forbes ini diselar oleh Kylie Jenner menerusi akaun Twitter miliknya. Dia memberitahu ianya sama sekali tidak tepat dan tanggapan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. Dia turut menegaskan tidak pernah melakukan sebarang penipuan untuk gelaran itu.

“Saya fikir ini adalah laman web (Forbes) yang terkenal tetapi semua yang saya lihat adalah kenyataan yang tidak tepat dan tiada bukti. Saya tidak pernah meminta gelaran ini atau cuba menipu.”

Majalah Forbes yang terkenal dengan menyenaraikan kedudukan jutawan yang terkenal, memberi penghargaan kepada status Jenner sebagai kejayaan syarikat kosmetiknya. Yang mana ditubuhkannya pada tahun 2015 dan termasuk Kylie Cosmetics dan Kylie Skin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...