Forbes Billionnaires List 2018: 14 Jutawan Malaysia Tersenarai

Trending

Forbes Billionnaires List 2018: 14 Jutawan Malaysia Tersenarai

Ini merupakan kali ke 12 Tan Sri Robert Kuok mendahului senarai individu terkaya di Malaysia dengan anggaran asset kekayaan bernilai AS$14.8 bilion (RM57.8 bilion).

Advertisement

Untuk senarai jutawan dunia, beliau menduduki ranking ke 96. Nilai kekayaan beliau hampir RM50bil pada akhir tahun 2017. Walaupun sudah mencecah usia 94 tahun, namun beliau masih mempunyai strategi yang hebat untuk memastikan beliau menjadi orang paling kaya di Malaysia.

Kuok berjaya mendapat keuntungan RM13.2bil tahun lalu dimana 35.9% lebih tinggi berbanding 2016 dengan nilai kekayaan dicatatkan RM36.7bil.

Beliau menjana kekayaan dengan 3 syarikat besar di malaysia.

– PPB Group Bhd
– Malaysian Bulk Carriers Bhd (Maybulk)
– Shangri-La Hotels (M) Bhd

PPB merupakan syarikat yang menjalankan aktiviti perladangan, makanan dan pawagam melalui jenama Golden Screen Cinema Sdn Bhd. Maybulk pula memalui perniagaan logistik dan Shangri-La Hotels merupakan jenama hotel rantaian no 1 di Malaysia.

Perniagaan di Malaysia merupakan penjana utama kekayaan beliau namun beliau juga mendapat kekayaan dari syarikatnya yang berada di Hong Kong dan Singapura yang dikenali dengan Wilmar International Ltd.

Kerry Group merupakan syarikat milik Kuok dan merupakan syarikat utama yang menjana kekayaan beliau. Kerry memilik aset yang besar seperti hangri-La Asia, Kerry Properties dan Kerry Logistics.

Kedua terkaya di Malaysia dan ke-217 di dunia adalah tokoh telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan, dan pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan, masing-masing dengan aset kekayaan berjumlah AS$7.2 bilion (RM28 bilion).

Walaupun terjejas dengan krisis minyak dunia melalui syarikat carigali minyak Bumi Armada Bhd, itu tidak menjejaskan kekayaan beliau. Beliau merupakan usahawan yang menjana kekayaan dengan telekomunikasi dan hiburan melalui Maxis Bhd dan Astro Malaysia Holdings.

Berusia 57 tahun, Tan Sri Paul Koon Poh Keong pula merupakan individu termuda di Malaysia yang tersenarai dalam ‘Forbes Billionnaires List 2018’. Dengan aset kekayaan bernilai AS$2.4 bilion (RM9.4 bilion), pengasas bersama Press Metal Aluminium Holdings Bhd itu adalah ke-10 terkaya di Malaysia dan ke-1,020 terkaya di dunia.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary merupakan satu-satunya tokoh perniagaan Melayu yang disenaraikan. Dengan aset kekayaan berjumlah AS$1.9 bilion (RM7.4 bilion), pengasas Yayasan Albukhary itu menduduki tangga ke-11 terkaya di Malaysia dan ke-1,284 terkaya di dunia.

Individu paling kaya di dunia pula jatuh kepada Jeff Bezos iaitu CEO dan pengasas Amazon.com dengan anggaran keyaan USD126.9 billion. Kedua pula diikuti dengan Bill Gates dengan anggaran kekayaan USD90 billion.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...