foodpanda Perkenal ‘bright’, Jenama Barang Runcit Sendiri

Branded

foodpanda Perkenal ‘bright’, Jenama Barang Runcit Sendiri

Bukan sekadar makanan sedia dimakan, kini pengguna foodpanda boleh pesan barangan runcit melalui jenama foodpanda sendiri yang dikenali sebagai ‘bright’.

3 sub-jenama

brightfarms

‘bright’ tersedia secara eksklusif melalui kedai runcit dalam talian, pandamart dan menawarkan lebih 200 produk merentasi tiga sub-jenama: 

-‘brightfarms’ untuk produk segar,

-‘brightyums’ untuk makanan sedia makan, makanan ringan dan minuman, 

-‘brightspots’ untuk produk kelengkapan rumah. 

Produk daripada rangkaian ‘bright’ akan tersedia di semua kedai pandamart di seluruh Malaysia, yang juga mempunyai rangkaian produk yang terluas semasa pelancaran.

Pelancaran rangkaian produk ‘bright’ yang baharu adalah susulan kejayaan pengenalan ‘brightfields’ pada tahun 2021, iaitu jenama tersendiri foodpanda di pandamart.

Penawaran produk bermula dengan segelintir keperluan pantri, termasuk kacang campuran, tisu dan air mineral, dan sejak itu telah diperluaskan untuk meliputi rangkaian produk yang lebih luas, daripada buah-buahan segar seperti limau dan epal kepada produk pembersih seperti kain lap basah.

Komited sediakan produk diperlukan pelanggan

Kevin-Zagolin

“Pelancaran ‘bright’ menyerlahkan komitmen kami untuk menyediakan produk yang diperlukan dan digemari para pelanggan. Malah, setiap item di bawah jenama ‘bright’ adalah hasil penyelidikan yang mendalam serta ujian yang ketat bagi memastikan produk kami bermutu tinggi dan mampu milik,” kata Pengarah Q-Commerce foodpanda Malaysia, Kevin Zagolin. 

Jimat sehingga 25%

foodpanda bright

Produk ‘bright’ diperoleh secara langsung daripada pembekal sekali gus membolehkan kecekapan kos dan harga barangan yang kompetitif. Ini membolehkan pelanggan berjimat sehingga 25% berbanding produk bukan ‘bright’. 

Tambahan pula, foodpanda juga mempunyai penyeliaan penuh terhadap proses pembuatan dan melaksanakan kawalan kualiti yang ketat bagi menjamin standard yang konsisten.

Untuk mengetahui ketersediaan rangkaian produk ‘bright’ yang berhampiran dengan anda, sila layari: https://bit.ly/BrightMY

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...