Sesetengah kondo mewah mempunyai peraturan agar makanan yang dipesan secara atas talian ditinggalkan di ruang lobi sahaja atas tujuan keselamatan penduduk.
Bagaimanapun, keputusan tersebut tertakluk kepada pihak pengurusan sesebuah kondo tersebut dan mungkin berubah mengikut masa.
Pihak pengurusan buat peraturan baru
Seorang penghantar makanan baru-baru ini mengasari pengawal keselamatan sebuah kondominium di Kuala Lumpur kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan peraturan pihak pengurusan.
Menurut individu yang berkongsi hal ini, pihak pengurusan kondominium itu baru-baru ini mengubah peraturan di mana makanan yang dibeli secara atas talian tidak lagi dibenarkan ditinggalkan di ruang lobi.
Keputusan itu dibuat selepas kes terdahulu di mana ada penduduk yang tidak turun mengambil makanan sehingga menjadi berulat.
Tolak pengawal sampai jatuh
Menerusi rakaman CCTV dikongsi individu itu, penghantar makanan tersebut dilihat berdiri di depan lif lobi dan diiringi pengawal berkenaan yang perlu mengimbas kad akses untuknya naik ke atas.
Dipercayai berang dengan peraturan baru pihak pengurusan, lelaki itu secara tiba-tiba bertindak agresif dan menolak pengawal itu sehingga jatuh.
Saya rasa kesian tengok video ini sebab saya kenal dengan pengawal keselamatan itu. Dia sangat humble, cakap lemah lembut dan peramah, kata individu yang berkogsi tentang insiden tersebut.
View this post on Instagram
Pengawal terbabit kemudian bangun dan berjalan menuju ke pondok pengawal. Difahamkan, pegawai polis kemudian tiba di lokasi berkenaan namun tidak dinyatakan apakah yang berlaku selepas itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.