Sebuah Food Fest yang berlangsung di Terengganu baru-baru ini mendapat kecaman netizen selepas dikaitkan dengan kempen #JusticeForZara. Walaupun acara tersebut bertujuan meraikan makanan tempatan, ramai yang marah kerana isu keadilan terhadap Zara digunakan sebagai alat untuk meraih perhatian dan publisiti.
Kempen #JusticeForZara yang menyentuh soal ketidakadilan telah digunakan dalam promosi acara ini, namun ramai netizen merasakan ia tidak relevan dan seolah-olah ditunggang untuk tujuan komersial. “Jangan gunakan isu sensitif untuk tarik pengunjung,” komen salah seorang warganet yang kecewa.
Foodfest Justice For Zara? pic.twitter.com/p0nS6Mve3H
— jon (@bumilangit) August 24, 2025
Ramai yang merasa bahawa penganjur tidak memahami konteks kempen ini, kerana menggunakan isu serius seperti ini untuk tujuan keuntungan. Penggunaan kempen tersebut dalam acara hiburan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang benar-benar memperjuangkan keadilan untuk Zara.
Setakat ini, penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kontroversi ini, namun ramai berharap agar mereka tidak mengambil kesempatan atas kesempitan keluarga yang sedang berduka kini.