FOMO Kawan Dah Guna Peranti Terkini? Ini Tips Berguna Miliki Peranti Baru Tanpa ‘Kopak’ Akaun Bank

Branded

FOMO Kawan Dah Guna Peranti Terkini? Ini Tips Berguna Miliki Peranti Baru Tanpa ‘Kopak’ Akaun Bank

Kita mesti ada seorang kawan yang mesti selalu up-to-date dengan telefon pintar baru lancar betul tak? Tahu-tahu je dah tukar baru…

Kita ni pula FOMO, pantang nampak kawan update sikit, terus kita pun terhasut nak ikut.

Tapi, selalunya yang menjadi permasalahan kita adalah kewangan. Tak kan kita nak kopak akaun bank semata nak ikut kawan-kawan kan…

Percaya ataupun tidak, anda boleh miliki peranti serba baharu, model terkini mengikut kesesuaian bajet! Kalau nak tahu caranya, meh sini kami kongsikan.

Jimat Lebih Banyak, Miliki Peranti Idaman!

Daripada ikat perut, catu makanan setiap bulan semata-mata untuk memiliki telefon pintar terkini. Anda tahu tak, ada cara lagi jimat untuk memiliki telefon pintar idaman?

Hanya dengan melanggan pelan Maxis Postpaid, yang mana anda boleh pilih nak Pelan Ansuran Bulanan (lebih fleksibel) atau Pelan Bayaran Penuh.

Lebih JIMAT dan lebih BERBALOI!

Dengan pelan Maxis Postpaid segala urusan daripada pembelian, perlindungan hinggalah naik taraf, semua Maxis akan uruskan tau, tak payah pening-pening kepala!

Bukan itu saja, anda berpeluang menikmati promosi hebat, termasuk telefon pintar PERCUMA dan penjimatan untuk jenama kegemaran anda. Siap ada perlindungan Maxis Device Care lagi!

Lagi best, anda boleh bayar ansuran bulanan yang rendah, atau kalau nak lebih JIMAT, anda boleh bayar pendahuluan! Psst, Maxis tak ada penalti kontrak, anda boleh tamatkan pada bila-bila masa, dan hanya perlu bayar baki harga peranti.

Selain itu, anda juga boleh tukar beli peranti lama dengan Maxis, dan mereka akan kreditkan jumlah terus ke akaun anda tau! Haa, boleh lah top up untuk bayaran pendahuluan, lagi JIMAT!

Alang-alang dah dah naik taraf peranti, anda juga boleh naik taraf SIM fizikal anda ke eSIM. Maxis kini menawarkan eSIM di mana ianya lebih mudah dan praktikal untuk digunakan. Tiada lagi masalah kad SIM hilang kerana eSIM disepadukan terus ke dalam peranti.

Kalau anda pelanggan sedia ada Maxis, anda boleh pilih untuk tukar kad SIM fizikal kepada eSIM. Anda boleh lakukannya melalui aplikasi Maxis atau di mana-mana Maxis store.

Paling penting, Maxis juga menawarkan Maxis Device Care untuk semua peranti yang anda miliki menerusi pelan ini.

Percuma 3 Bulan Perlindungan, Siap Boleh Ganti Baru Lagi!

Kalau tanya kami, memang rugi sebenarnya kalau anda tak beli telefon pintar terkini dengan Maxis Postpaid sebab, Maxis jaga betul-betul peranti anda tau!

Kerosakan seperti skrin retak, terkena air, atau berlaku kecurian, semua Maxis cover! Kalau peranti itu tak boleh dibaiki, Maxis akan gantikan terus kepada peranti baru! Bestnya!

Kalau anda nak tahu, terdapat dua jenis Maxis Device Care, iaitu:

Maxis Device Care

– penggantian peranti 1-ke-1 dengan peranti diperbaharui (refurbished)

– perlindungan kerosakan tidak sengaja dan skrin retak

– satu tuntutan setahun dalam tempoh 12 bulan

Maxis Device Care Plus

– penggantian 1-ke-1 dengan peranti baru

– perlindungan kerosakan tidak sengaja, skrin retak dan kecurian terjadi

– dua tuntutan setahun dalam tempoh 12 bulan

Baguskan? Setiap peranti yang anda beli dengan Maxis akan disertakan dengan perlindungan Maxis Device Care secara PERCUMA selama 3 bulan, dan anda boleh memilih untuk meneruskan perlindungan ataupun tidak.

Kalau anda menggunakan pelan Maxis Postpaid 139 dan ke atas, anda berpeluang untuk naik taraf PERCUMA kepada Maxis Device Care Plus. Fuhh, macam ni barulah berbaloi!

Lepas ni, kalau nak pergi travel, dah tak perlu risau kes kecurian ke, telefon masuk air ke, Maxis got your back!

Enjoy Melancong Ke Serata Dunia Dengan Maxis Roaming

Cakap pasal travel ni kan, lepas ni dah tak perlu susah-susah bawa portable WiFi sana sini dan tak perlu beli roaming di negara destinasi, guna saja Maxis Roaming!

Apa yang best dengan Maxis Roaming ni, anda boleh kekal berhubung dari luar negara, tak kira berapa lama tempoh anda menetap sebab Maxis cover untuk tempoh 1, 3, 7, 14, dan 30 hari!

Soal perayauan rangkaian global, anda tak perlu risau sebab Maxis bekerjasama dengan pengendali nombor 1 atau 2 di lebih 150 buah negara, dan anda boleh nikmati perayauan tanpa had di 100 buah negara tau!

Paling best, anda boleh jadualkan bila perayauan bermula untuk memaksimumkan liputan. Bagusnya!

Nak dapatkan Maxis Roaming ni pun senang, beli saja pas perayaun melalui Aplikasi Maxis! Mudah, jimat masa, tenaga dan ruang beg anda!

Banyak Tawaran Menarik & Hadiah Lumayan, Berbaloi Jadi Pengguna Maxis

Sejujurnya, memang beruntung jadi pengguna Maxis, boleh beli peranti baru pada harga yang sangat murah, peranti dijaga dengan baik, boleh guna perayauan bila travel lagi!

The best part? Anda boleh nikmati lebih daripada 250 tawaran dan ganjaran eksklusif yang tersedia untuk ditebus dalam aplikasi Maxis dari e-baucar, makanan dan minuman, hiburan, kesihatan dan kecantikan, beli-belah, hinggalah pelancongan dan perkhidmatan!

Bukan itu saja, pelanggan baru atau yang menaik taraf pelan Maxis Postpaid 139, 169 atau 199 boleh menikmati sukan langsung dan hiburan percuma melalui sooka (untuk masa terhad). Best kan?

Anda boleh akses kepada 20,000 jam VOD dan lebih 70 saluran langsung dengan penstriman lancar pada 3 peranti dalam 1080p Full HD!

Jika tempoh promosi tamat atau anda pengguna pelan Maxis Postpaid yang lain, anda boleh langgan sooka Premium dengan hanya serendah RM25 sebulan.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran menarik dan berbaloi, layari laman web rasmi Maxis, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...