“Follower TikTok Saya Naik Mencanak” – Sharifah Zarina Langit Ketujuh Bersyukur Nama Semakin Dikenali Meskipun Kerap Dikecam

Hiburan

“Follower TikTok Saya Naik Mencanak” – Sharifah Zarina Langit Ketujuh Bersyukur Nama Semakin Dikenali Meskipun Kerap Dikecam

Penyanyi lagu Langit Ke-7, Sharifah Zarina mengakui dirinya semakin dikenali meskipun dikecam netizen atas beberapa isu kontroversi membabitkan anaknya sebelum ini.

Katanya lagi, dia juga semakin mendapat tumpuan generasi baharu setelah video viralnya yang menyanyi lagu Dawai mencuri tumpuan netizen.

Advertisement

Menganggap segala kecaman yang diterimanya mengandungi hikmah tersendiri, Zarina mendedahkan bahawa terdapat perubahan drastik berlaku dalam kariernya.

Masa mula-mula berdepan kecaman itu saya rasa sedih juga sebab tidak pernah kena seperti itu. Saya terkejut juga sebab sekarang netizen ada kuasa untuk membuat penilaian terhadap artis.

Tapi Alhamdulillah bila kena kecam nama saya makin dikenali pula walaupun dengan cara tidak baik. Malah tawaran dalam bidang seni semakin banyak malah ketika ini saya sedang menjalani penggambaran drama 13 episod.

Ujar Zarina, pengikut media sosialnya juga turut meningkat secara drastik.

Pengikut di TikTok memang bertambah, ada baiknya tetapi saya tidak pula berbangga dengan apa yang terjadi.

Sealin itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PSl
11 months ago

"Semoga Ada Yang Menemani PSL Dan Anak-Anak Holiday" - Patimah Kongsi Video Menantu Kesayangan, Beri Restu Puteri Sarah Kahwin Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...