“Fokus Kita Tahun Hadapan Ialah Lepasan SPM..” – Timbalan Menteri Pertahanan Jelaskan Isu Had Umur Sertai PLKN

Berita

“Fokus Kita Tahun Hadapan Ialah Lepasan SPM..” – Timbalan Menteri Pertahanan Jelaskan Isu Had Umur Sertai PLKN

Wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur yang telah ditetapkan untuk menyertai PLKN, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari telah memberi penjelasan berkenaan isu ini.

Fokus kita tahun hadapan ialah lepasan SPM… contohnya lepas SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, (maka) dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta.

ADLY ZAHARI

Tetapi, fokus kita ialah pelajar lepasan SPM, saya rasa di situ ada salah faham tentang kaedah pengambilan. Memang ada keresahan. Mereka kata umur 30 sudah bekerja, tidak timbul isu, kita meletakkan akta tujuannya agar mereka diberi sedikit kelonggaran.

Advertisement

Menurut Berita Harian, beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Menteri itu turut berkata bermula Januari tahun hadapan, sebanyak 1,000 peserta terbabit dengan PLKN dan akan ditempatkan di dua kem latihan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

PLKN 3.0
2 months ago

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...