Bukan semua orang diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji dan semestinya mereka yang terpilih untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bukan sahaja harus merasa syukur, tetapi menggunakan peluang yang ada untuk fokus dalam ibadah mereka.
Oleh itu, selebriti popular Neelofa menitipkan satu pesanan dimana dia tidak akan mengendalikan laman sosial Facebook dan Twitter miliknya sehingga dia pulang daripada mengerjakan ibadah haji.
Buat masa ini, kedua-dua laman sosial berkenaan akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
Kenyataan Neelofa itu mendapat reaksi positif dan rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan ibadahnya dipermudahkan dan mendapat haji mabrur.
Sama sama kita doakan untuk Neelofa sekeluarga, semoga ibadah mereka berjalan lancar.