F&N Akan Berumur 135 Tahun & Mereka Menawarkan Hadiah Berjumlah RM1.35 juta Untuk Dimenangi. Korang Tunggu Apa Lagi?

Hiburan

F&N Akan Berumur 135 Tahun & Mereka Menawarkan Hadiah Berjumlah RM1.35 juta Untuk Dimenangi. Korang Tunggu Apa Lagi?

Siapa tak kenal jenama F&N ni. Setiap kali musim perayaan pasti kita akan menghidangkan makanan dan minuman yang sedap untuk para tetamu. Mana taknya, Malaysia kan sememangnya dikenali sebagai syurga makanan.

Antara minuman yang wajib ada semestinya minuman-minuman daripada F&N. Mesti semua orang berebut-rebut nak minum air berkarbonat F&N lagi-lagi bila berkunjung ke rumah sanak-saudara dan kawan-kawan.

Advertisement

Mesti semua orang di Malaysia boleh relate dengan produk-produk daripada F&N ni kan? Tipu lah kalau ada yang kata tidak pernah cuba minuman mereka yang sedap tu.

Sebelum kita sembang dengan selanjutnya pasal produk-produk dan jenama-jenama keluaran F&N ni, F&N kini sedang menawarkan hadiah berjumlah RM1.35 juta ringgit secara keseluruhan melalui peraduan mereka bersempena ulangtahun ke 135 mereka.

Jadi persoalannya sekarang, berapa banyak bilangan hadiah yang ditawarkan?

1. Emas tulen seberat 1.35kg bernilai RM300,000

1

Memang bukan main-main F&N ni kalau bab hadiah. Emas memang sesuatu yang tidak pernah hilang nilainya.

2. 9 x Syiling Emas Edisi terhad 135g bernilai RM30,000

Kalau tak menang grand prize, anda masih lagi berpeluang untuk menjadi antara 9 pemenang bertuah yang bakal membawa pulang Syiling Emas Edisi Terhad 135g setiap satu

3. Replika Trak Vintaj F&N

Kalau tak dapat juga dua hadiah di atas, ada 10,000 trak vintaj F&N yang boleh dibawa pulang sebagai saguhati. Pada pendapat kami, at least ada juga habuan. Tak sia-sia la join contest, kan?

Cara nak menang?

2

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membeli mana-mana produk berjenama F&N yang mengambil bahagian, kemudian lengkapkan borang penyertaan dan sertakan sekali bukti pembelian. Mudah sahaja! Muat turun borang peraduan di sini untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik tersebut.

Ok kalau anda perlukan sedikit “recap” tentang rangkaian produk F&N, jom kita baca. Ini lima produk yang wajib anda cuba.

1. F&N Krimer manis bervitamin

3

Untuk sesiapa yang mengambil berat soal khasiat makanan dan minuman, mungkin anda boleh mencuba krimer manis bervitamin daripada F&N yang kaya dengan vitamin A, B1, B6, C, D3 dan E. Yang paling penting ia bebas kolestrol dan lemak tepu. Walaupun rasanya mungkin tak se’kaw’ krimer sejat yang biasa digunakan tapi anda tetap akan merasakan kelazatan makanan anda.

2. F&N Fun Flavours

3

Ni kira minuman wajib ada lah kalau berkumpul ramai-ramai, berpot-luck party atau gathering. Senang dan sedap, mana cukup sebotol je kan. Pilih mana-mana perisa kegemaran anda, seperti oren, sarsi, dan strawberry. Cuba sekali pasti nak lagi, tak akan rugi!

3. 100PLUS

4

Minuman isotonic yang cukup popular dan sinonim di kalangan rakyat Malaysia. Dari zaman sekolah, belajar sehinggalah dah bekerja, semua pasti suka rasa 100PLUS ni. Bukan itu sahaja, kalau diminum sejuk ketika cuaca panas, mesti anda akan rasa fresh semula.

4. F&N Susu lemak manis penuh krim

5

Siapa saja yang tak suka minum teh tarik di Malaysia ni? Teh Tarik dah dikenali sebagai minuman rasmi seluruh rakyat Malaysia. Tahu tak apa yang menjadikan teh Tarik anda lebih sedap? Semestinya jika anda menggunakan krimer sejat F&N. Nak buat ABC pon boleh!

5. F&N SEASONS Teh Lemon Ais

6

Cuaca panas di Malaysia ni mesti membuat anda rasa dahaga. Bayangkan bila waktu panas dan anda meneguk sebotol teh ais lemon Season. Segar je rasa tekak lepas tu.

PS: Sembang panjang-panjang pasal produk pun tak guna juga kalau tak join peraduan ulangtahun ke-135 mereka.
Selamat hari ulangtahun kami ucapkan pada F&N. Dah 135 tahun rupanya!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...