Flight Tengah Murah, Inilah Masa Nak Book Penerbangan Tengok Bunga Sakura!

Branded

Flight Tengah Murah, Inilah Masa Nak Book Penerbangan Tengok Bunga Sakura!

“Jomlah pi travel, aku dah lama teringin nak melancong time musim bunga”

Rasanya ramai yang merancang nak melancong ke luar negara tahun ni kan? Mana tidaknya, hampir 2 tahun sempadan antara negara ditutup, inilah masa kita nak “all out” tengok negara orang. So guys, korang dah ada plan belum nak pergi mana? Kalau kami secara peribadi teringin sangat nak menikmati percutian pada musim bunga.

Bayangkan berjalan-jalan di bawah pohon sakura sambil berpimpin tangan dengan pasangan atau berkelah sambil melihat bunga-bunga sakura yang mekar jatuh berguguran. Romantiknya!!!

Selain tu, ini 3 lagi sebab kenapa percutian musim bunga sering menjadi pilihan.

Cherry Blossom Festival

Bunga sakura atau cherry blossom sangat sinonim sebagai tanda kedatangan musim bunga. Tapi korang tahu tak, pohon sakura berbunga mekar hanya untuk tempoh yang singkat sekitar 2 minggu sahaja?

Semasa bunga sakura ini mekar, ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keindahannya. 

Selalunya di sesetengah kawasan seperti di Jepun atau Korea Selatan, mereka akan menyambut Festival Cherry Blossom di mana ramai yang akan berkelah di bawah pohon sakura sambil minum teh ada juga melakukan aktiviti seperti berkayak atau sekadar berjalan-jalan melihat bunga sakura mekar.

Fakta menarik mengenai bunga sakura ini ialah ia merupakan simbolik sesuatu yang  tidak kekal lama, ini kerana jangka hayatnya yang singkat dan sering menjadi metafora kepada kehidupan manusia.

Sedikit tips kalau korang nak enjoy festival cherry blossom ni, pastikan korang peka dengan ramalan kawasan pohon sakura mekar kerana pohon ini tidak berbunga serentak di seluruh negara. Sebaliknya secara berperingkat bermula bulan Mac sehingga Jun.

Destinasi menarik untuk melihat bunga sakura: Shanghai, Seoul, Busan, Osaka, Tokyo & Taipei.

Alam bertukar wajah

Bagi pecinta alam, selain kehijauan, bunga sakura merupakan keindahan yang WAJIB untuk dinikmati.

Bunga sakura ini mekar sejurus tamat musim sejuk. Pada waktu ini, landskap alam bertukar wajah daripada putih yang mencengkam kulit kepada bunga berwarna pastel merah jambu dan putih yang sangat menenangkan.

Cuaca yang nyaman

Kami rasa ini ramai yang setuju, percutian semasa musim bunga lebih menyeronokkan kerana cuacanya yang nyaman.

Orang kata cuaca tu elok-elok sahaja. Tidak terlalu sejuk hingga perlu pakai baju berlayer-layer dan tidak terlalu panas sehingga berpeluh dan tidak selasa.

Suhu sewaktu musim bunga adalah sekitar 10-20 darjah celcius. Suhu sebegini kalau korang berjalan untuk tempoh yang lama pun tak terasa penatnya tau!

AirAsia X Buat Promo Sempena Musim Bunga, Jom Pergi Travel!!

Haaaa.. Passport dah renew belum? Inilah masanya untuk korang tambahkan lagi cop antarabangsa pada buku merah korang tu!

AirAsia X kini menawarkan penerbangan serendah RM329 all-in (sehala) manakala untuk premium flat belt pula hanya RM1,499 untuk destinasi terpilih seperti Shanghai, Seoul, Busan, Tokyo, Osaka, Taipei dan BANYAK LAGI. Bestnya!!

Tempoh promosi bermula 20-26 Februari 2023 dan korang boleh terbang bermula 6 Mac sehingga 30 November 2023

RANCANG PERCUTIAN KORANG SEKARANG!!!

Bagi yang nak explore negara jiran dan menikmati Pesta Air atau Songkran Festival yang biasanya dianjurkan pada April.

Don’t worry guys, AirAsia X turut menawarkan promosi penerbangan bagi destinasi Bangkok, Chiang Mai, Hatyai, Krabi dan Phuket, pada harga serendah RM119. 

Pastikan korang muat turun juga aplikasi airasia Super App di PlayStore atau App Store untuk tempah penerbangan dengan lebih mudah dan menikmati diskaun menarik yang ditawarkan dari masa ke masa. 

JOM TERBANG BERSAMA AIRASIA. 

*Promosi tertakluk kepada terma & syarat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...