“Flight Cancel”, Tak Semestinya Korang Rugi Habis! Inilah Masanya Untuk Mohon Insuran Perjalanan, Bermula Dari RM3 Saja!

Branded

“Flight Cancel”, Tak Semestinya Korang Rugi Habis! Inilah Masanya Untuk Mohon Insuran Perjalanan, Bermula Dari RM3 Saja!

Siapa je yang tak excited untuk pergi berjalan ke luar negara betul tak? Kalau boleh nak kemas baju, terus gerak sebab teruja sangat!

Belum cerita lagi bila tengah rancang jadual perjalanan, macam-macam video semua orang hantar dalam group dengan harapan dapat pergi ke destinasi tersebut. Macam-macam karenah kan?

Tapi, tipulah kalau anda tak pernah terdetik soalan seperti “apa jadi kalau flight cancel”, “eh, alamak tertinggal barang” atau “macam mana kalau tiba-tiba jatuh sakit”… Apa nak kena buat?

Jangan risau, kami ada solusi terbaik untuk anda!

Bermula Serendah RM3, Perjalanan Anda Akan Terjamin Dengan Insuran Perjalanan Allianz Terdapat Di Shopee

“Haa? Insuran? Tak nak lah, dah lah renyah, mahal pula tu!”

Kami yakin mesti anda terfikir ayat ni dalam fikiran betul tak? Untuk memperbetulkan kenyataan, insuran perjalanan ni tak mahal pun dan sangat mudah untuk mohon tau! Seriuslah?

Lepas ni, kalau anda nak berjalan ke luar negara atau makan angin di Malaysia, pastikan anda guna pelan insuran perjalanan kos rendah yang sangat mudah untuk diakses dan boleh dibeli terus menerusi aplikasi Shopee iaitu Allianz General Insurance Malaysia yang dibawakan khas oleh SeaMoney Malaysia.

Bermula dari RM3 sehari untuk perjalanan domestik serta RM10 untuk perjalanan antarabangsa, pelan insuran perjalanan Allianz ini akan melindungi anda dari hujung rambut hingga ke hujung kaki! Bestnya!

Bukan itu saja, insuran perjalanan ini juga boleh dibeli secara individu atau kumpulan untuk perlindungan pada cuti sekolah bersama anak-anak, perjalanan solo atau percutian berkumpulan. Baguskan?

Tapi, itulah, kita pun hanya mampu merancang betul tak, dan semestinya kita tak dapat mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diduga sama ada kemalangan peribadi, jatuh sakit atau kelewatan perjalanan atau bagasi.

Eh, kejap, insuran perjalanan Allianz pun boleh melindungi kelewatan perjalanan? Agak-agak boleh cover sekali kesulitan bukan perubatan yang lain tak?

Jawapannya mestilah boleh! Mereka siap cover kelewatan perjalanan, pembatalan perjalanan, kehilangan barangan peribadi dan kelewatan bagasi. Bagusnya!

Nak tahu tak apakah antaran pelan insuran perjalanan Allianz yang ditawarkan untuk kedua-dua perjalanan domestik dan antarabangsa? Jom kami kongsikan:

Insuran Perjalanan Allianz

Memberi anda kemudahan fikiran semasa perjalanan anda, kesulitan berkaitan perjalanan yang meliputi pelan termasuk:

Insuran Perjalanan Allianz

Psst, kalau anda aktif bersukan dan anda masukkan aktiviti sukan dalam itenary, kami ada berita gembira yang mana insuran perjalanan ini juga dapat memberi perlindungan untuk aktiviti sukan termasuk:

– Aktiviti sukan

– Mendaki gunung ketinggian tinggi (Perjalanan antarabangsa sahaja)

– Perlindungan kerosakan peralatan sukan

Wah, bagusnya! Macam mana nak beli insuran perjalanan Allianz? Mudah saja tau, mulakan dengan membuka aplikasi Shopee dan klik “Lihat Lagi” dari halaman utama.

Kemudian, klik pada “Kewangan” diikuti dengan “Insurans dan Perkhidmatan”.

Seterusnya, klik pada “Insurans Perjalanan” dan anda kini dah boleh siap-siap untuk pergi berjalan! Yeay!

Paling best, anda boleh menikmati diskaun 25% untuk pelan Insurans Perjalanan dan kalau anda melancong secara berkumpulan sekurang-kurangnya 5 ahli dalam satu kumpulan, anda juga boleh menikmati diskaun 5% lagi untuk semua premium ahli kumpulan. Bestnya!

Maklumat lanjut tentang pelan Allianz Travel Insurance yang terdapat di Shopee, anda klik saja pada pautan ini https://shopee.com.my/m/travel-insurance-01.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...