Flappy Bird Ditarik Dari AppleStore Dan GooglePlay

Trending

Flappy Bird Ditarik Dari AppleStore Dan GooglePlay

Pencipta ‘Flappy Bird’, Dong Nguyen, menarik balik applikasi ini pada sekitar pukul 2 pagi tadi (isnin).

Advertisement

Hasrat tersebut telah diluahkan oleh beliau menerusi laman Twitternya awal pagi kemarin (Ahad).

Menurut portal Buzzfeed, beliau mendakwa permainan itu telah ‘merosakkan’ hidupnya, dan melahirkan rasa kecewa atas perhatian yang diraih oleh populariti permainan tersebut.

“Saya boleh kata ‘Flappy Bird’ satu kejayaan buat saya. Tetapi ia juga memusnahkan kehidupan santai saya. Jadi sekarang saya membencinya,” katanya dalam salah satu tweetnya.

Permainan yang menjadi kegilaan serta boleh mendatangkan tekanan itu dilaporkan telah dimuat turun lebih 50 juta kali.

Dong, dalam Twitternya bagaimanapun menafikan bahawa tindakannya itu adalah berkaitan dengan undang-undang.

flappy bird

“Permainan Flappy Bird yang sedia dipasang pada peranti Android dan iPhone masih boleh dimainkan seperti biasa, dan hanya pemasangan baru sahaja dilihat terkesan dengan penarikan semula aplikasi ini.” – Amanz.My

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...