Fjällräven Polar 2018: Rizal Khalif Orang Melayu Pertama Menyertai Ekspedisi di Artik

Trending

Fjällräven Polar 2018: Rizal Khalif Orang Melayu Pertama Menyertai Ekspedisi di Artik

Rizal Khalif telah diumumkan selaki peserta Melayu pertama untuk menyertai ekspedisi di Artik pada April tahun depan oleh penganjur Fjällräven Polar 2018

Advertisement

Beliau meraih undi sebanyak 6613 undian menewaskan pesaing terdekat Candice Lee dan Imran Idris yang juga merupakan rakyat Malaysia, masing-masing mendapat 5,212 dan 5,189 undian.

Menurut Rizal, proses untuk meraih undian adalah sukar apabila terpaksa bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda darinya.

“Pada usia 42 tahun, kebanyakkan rakan-rakan saya tidak menggunakan Facebook. Saya perlu menyebarkan maklumat melalui agar ia tular di media sosial.

“Saya sangat teruja apabila rakan-rakan, sanak saudara, bekas-bekas alumni serta orang luar yang tidak dikenali berhempas pulas untuk membantu beliau meraih undian,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI

Di dalam cabaran ‘Fjällräven Polar’, para peserta akan dikehendaki untuk memandu kereta luncur salji anjing dengan sendirinya merentasi hutan gunung bersalji.

Perjalanan yang bermula di pinggir Fjord Norway di Signaldalen dan berakhir di kawasan Jukkasjärvi di Lapland, Sweden.

Sejumlah 20 peserta dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 wilayah bakal menyertai ekpedisi selama seminggu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...