Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fizz Fairuz Tidak Kisah Berat Badan Almy Nadia Naik Ketika Hamil

Fizz Fairuz dan Almy Nadia bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, bersyukur dengan kurniaan Allah SWT, Fizz memberitahu beliau tidak kisah jika berat badan isterinya itu naik sewaktu hamil.

Jika sebelum ini dia bimbang dengan kenaikan berat badannya, tetapi bagi saya, ia tidak menjadi masalah besar. Saya katakan padanya, selagi dikurniakan rezeki anak, terima sahajalah, bila sudah cukup kuota, baru berhenti dan jaga badan.

Advertisement

Pada masa yang sama, Fizz akui beliau dan isteri tidak mempunyai pembantu rumah dan lebih selesa untuk menguruskan setiap perkara bersama meskipun kandungan isterinya sudah memasuki usia lima bulan. Mereka juga tidak perlu memikirkan soal keselematan anak mereka.

Alhamdulillah, kandungan Almy sudah pun memasuki usia lima bulan dan dijangka bersalin Oktober nanti.

Buat masa sekarang kami tidak mempunyai pembantu rumah, jadi anak memang dijaga sepenuhnya oleh kami berdua dan dibantu oleh mak juga. Bagaimanapun, ia tidak mengganggu perjalanan kerja kami setakat ini.

Sebelum ini, pada kehamilan pertama ramai yang mengkritik saiz badan Almy sehingga ada yang biadap menyaman rupa aktres itu seperti haiwan yang haram.

Advertisement

Biasalah kalau wanita hamil berat badan mereka akan naik, bukan menjadi satu kesalahan besar pun. Bagus sebab Fizz Fairuz faham perkara itu dan menerima Almy seadanya.

Sumber Berita : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top