Fizz Fairuz Tanya Adakah Saya ‘Menghiburkan’ Orang – Fara Mendoza

Hiburan

Fizz Fairuz Tanya Adakah Saya ‘Menghiburkan’ Orang – Fara Mendoza

Selepas menafikan dirinya seorang perempuan murahan, Fara Mendoza nampaknya masih enggan dipersalahkan atas kekecohan yang berlaku antara dirinya dan Fizz Fairuz pada pertengahan bulan Ogos lalu. Secara jujur, memang Abang Nara tak tahu pun kewujudan Fara Mendoza sebelum ‘screenshot’ perbualannya dengan Fizz Fairuz menjadi viral. Pendedahan itu dilakukan oleh Fara kena tak tahan diganggu oleh suami Almy Nadia itu. Namun Fizz Fairuz memaklumkan yang dia tidak mengenali Fara Mendoza.

fara mendoza

Advertisement

Menariknya Fara Mendoza membuat pendedahan yang Fizz Fairuz pernah bertanya sama ada dirinya ‘menghiburkan’ orang. Apa maksud ‘menghiburkan’ di sini rasanya semua pembaca BeautifulNara pun tahu. Dengan imej seksi yang ditampilkan oleh Fara Mendoza, pasti ramai jejaka di luar sana yang senang salah faham. Namun itu bukanlah alasan untuk kita bertanyakan sesuatu yang tidak masuk akal seperti itu. Kata Fara:-

Pada 3 Ogos lalu saya menemani kawan baik saya, Emma Maembong ke lokasi penggambaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Fizz turut membintangi filem itu. Pulang dari set penggambaran, dia menghubungi saya menerusi aplikasi WeChat. Entah dari mana dia mendapatkan nombor telefon saya.

Saya tahu akaun bank itu palsu (selepas Fizz tunjukkan akaun banknya). Kononnya dia mahu belanja saya membeli-belah dan kemudian bertanya adakah saya ‘menghiburkan’ orang. Saya masih simpan semua isi kandungan perbualan kami. Saya tidak tahan apabila dia mula bercakap yang bukan-bukan. Saya bukan perempuan murahan dan perosak rumah tangga orang.

fara mendoza

Ada suara-suara yang menyatakan segala yang dilakukan oleh Fara ini adalah untuk menjadi popular agar nama dikenali ramai sekaligus mendapat lebih banyak tawaran berlakon. Iyerlah, pelakon baru mestilah kena ada kontroversi sikit untuk lebih dikenali. Namun Fara Mendoza menafikan semua itu. Kata Fara:-

Itu amaran saya kepada Fizz dan ia bukan bertujuan mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan.
“Saya tidak ‘menjual diri’ untuk cari rezeki, malah saya bukan penganggu rumah tangga orang.

Penjelasan ini diharap dapat membersihkan semula nama saya. Barangkali imej seksi saya mengundang prasangka kurang baik, namun hakikatnya saya tidak pernah mengganggu sesiapa.

Kepada yang bercakap buruk mengenai saya, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Jika apa saya lakukan itu untuk mencari publisiti murahan, sudah lama saya buat, kenapa baru sekarang?

fara mendoza

Agak menyedihkan apabila selepas segala apa yang berlaku dan selepas sindiran Almy Nadia terhadap Fara Mendoza, masih tak banyak tawaran yang diterima olehnya. Hari yang dilalui tetap sama seperti sebelumnya. Kata Fara lagi:-

Kenapa dia (Almy Nadia) memuat naik empat gambar saya dalam Instagram miliknya berserta kata-kata ‘pengarah ambil­lah pelakon baru ini berlakon’? Kalau betul saya mencari publisiti mesti saya dapat banyak tawaran selepas kejadian itu. Namun, sampai hari ini tidak apa pun yang luar biasa, hari-hari yang saya lalui masih sama.

fara mendoza

Nasihat Abang Nara kepada Fara Mendoza dan juga artis-artis baru, tak perlulah cipta kontroversi sebegini walau apa jua tujuan anda. Kalau betul kena kacau, pergi cakap ‘direct’ je tak suka diganggu kepada si pengacau. Tak perlu nak upload upload kat laman sosial nie. Memang lah boleh jadi popular sekelip mata kalau kena gayanya. Tapi kalau salah gaya, mahu berkubur terus karier anda. Tak gitu? Lain kali sebelum buat apa-apa, fikir dulu 1000 kali. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Lagi beberapa gambara Fara Mendoza dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

fara mendoza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...