Fizz Fairuz Syukur Dikurniakan Anak Rajin Dan Boleh Harap

Hiburan

Fizz Fairuz Syukur Dikurniakan Anak Rajin Dan Boleh Harap

Berkongsi berita mengenai isterinya  Datin Almy Nadia yang kini dimasukkan ke hospital kerana mempunyai batu karang dalam hempedu, pelakon Datuk Fizz Fairuz tampil berkongsi video memperlihatkan teletah anak sulungnya yang dilihat sudah boleh diharap menjaga adik-adiknya.

Fizz Fairuz Syukur Dikurniakan Anak Rajin Dan Boleh Harap

Advertisement

Perkongsian itu juga difahamkan menyebabkan ramai dalam kalangan pengikut Fizz turut menzahirkan perasaan sebak dan teruja dengan sifat yang ditonjolkan kanak-kanak tersebut.

“Bila papa tengok video ni, mata papa masuk habuk. Tak tahu nak cakap, dengan keadaan mama dia sakit. Tapi papa bersyukur dapat anak yang paham dan rajin macam kakak. Thank you kakak.. bantu papa, faham mama sakit. Love you sayang… @almynadiaofficial.”

Almy yang dimasukkan ke Hospital Columbia, Setapak kini dikatakan sudah stabil. Bahkan, selepas melihat posting yang dimuat naik suaminya, Almy juga turut terharu dengan sifat anaknya yang membantu walaupun pada usia yang masih kecil, tetapi memahami keadaan yang dialami.

Fizz Fairuz Syukur Dikurniakan Anak Rajin Dan Boleh Harap

“Itulah Arianna, bila susah, nampak sangat-sangat membantu dan memahami keadaan mama, papa dan family. Syukur Ya Allah. Mama tengok video ni pun mama (menangis). Thank you love sebab jaga anak- anak masa mama sakit. Thank you love.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat kedua-dua pelakon ini tampil memuji sifat bertanggungjawab Arianna sebagai seorang kakak biarpun usianya terlalu mentah.

Fizz Fairuz Syukur Dikurniakan Anak Rajin Dan Boleh Harap

Untuk rekod, Almy telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, Nurr Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah yang kini telah berusia 11 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...