Amboi, amboi, amboi. Untunglah bakal isteri Fizz Fairuz. Mana tidaknya, salah satu barang yang bakal dijadikan hantaran ialah daripada jenama “Chanel”. Paling kurang mahu RM10,000 nie. Adakah Fizz Fairuz sudah mula membuat persiapan untuk menamatkan zaman bujangnya? Adakah insan yang bakal menerima hantaran ini bernama Almy Nadia?
Gambar Chanel dibawah dikongsikan oleh Fizz Fairuz dengan caption yang berbunyi:-
Mari beli barang hantaran….hahahaha….#nkkahwinsgt#piiperos#aiminsdioss#tggudateniii
Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan olehNya. Pasti ramai yang berharap tiada lagi kontroversi yang bakal menjelma di dalam hidup Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Semoga Almy Nadia ialah bakal isteri Fizz Fairuz. Tak sabar Abang Nara nak melihat mereka berdua di atas pelamin selepas mengharungi segala macam dugaan sebelum ini. Sama-samalah kita doakan.