Bimbang dengan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, pelakon Fizz Fairuz lebih selesa apabila isterinya Almy Nadia menjaga dua orang anak perempuan mereka yang masih kecil di rumah.
Alhamdulilah anak saya membesar dengan sihat dan bijak di bawah jagaan Almy. Saya lebih suka Almy sendiri yang menjaga anak saya di rumah, berbanding menyerahkan tugasan itu kepada pembantu rumah.
Pembantu rumah sekarang pun sukar hendak dipercayai kerana banyak kes yang membimbangkan saya. Jadi saya mahu Almy selesaikan tugasan di rumah manakala saya sahaja yang keluar bekerja.
Sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, Fizz akui Almy teringin untuk berlakon semula. Walaubagaimanapun, buat masa ini beliau masih menyusukan anak-anak mereka dan akan kembali berlakon selepas mereka sudah besar nanti.