Fizz Fairuz Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya Bagaimana Cerita Pertunangan ‘Bocor’

Hiburan

Fizz Fairuz Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya Bagaimana Cerita Pertunangan ‘Bocor’

Ramai yang terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, dan nyata ia mengejutkan Almy Nadia yang hanya mengetahui tentang perkara tersebut melalui Internet.

Hari ini melalui mStar Online, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang juga suami penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, meminta Fizz menguar-uarkan pertunangannya.

Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua.

Mungkin anda pernah dengar tentang hadith yang menyatakan Rasulullah menyatakan ‘rahsiakan pertunangan’, namun ahli agama Islam sepakat yang hadith tersebut dhaif, oleh sebab itu perkara itu perlu dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat.

Akashah juga turut memberikan pendapat tentang perbuatan Fizz yang menyarung sendiri cincin ke jari tunangnya.

Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Advertisement

Dalam pada itu, ramai wakil media yang telah cuba menghubungi Fizz untuk mendapatkan penjelasan beliau sendiri tentang pertunangannya, namun panggilan dibiarkan tidak berjawab walaupun diterima oleh telefonnya. Dia juga dikatakan tidak membalas SMS dari wakil-wakil media.

Ramai peminat menganggap perbuatan Fizz tidak jujur, terutamanya kepada Almy Nadia, sedangkan pada November lepas Fizz mengakui hubungan mereka tetap baik sahaja.

Fizz juga dinyatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangannya boleh ‘bocor’.

Itu yang membuatkan kami tidak percaya: bagaimana dia tidak percaya berita pertunangannya boleh ‘bocor’, kerana hampir tidak ada apa-apa yang dapat disembunyikan dalam dunia digital, di mana semua orang ada akses untuk merakam dan menyebarkan setiap detik dalam hidup mereka melalui media sosial, apatah lagi majlis pertunangan seorang selebriti.

Mungkin seseorang perlu beritahu Fizz, ini bukan lagi dekad 90-an.

***
Temui M. Nasir, Fendi Kenali, Azlan Typewriter dan ramai lagi dalam program Dikir Ekstravaganza, 23 Februari 2012 (Sabtu) dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang di majlis Perasmian Kompleks JKKN Kelantan. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...