Bersempena dengan Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang yang diadakan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, pelakon Fizz Fairuz semalam telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak yang mempertikaikan gelaran yang beliau terima dan pelbagai kecaman dilemparkan kepada diri beliau. Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Fizz menganggap anugerah tersebut adalah tanda penghargaan buat dirinya yang aktif mempromosikan aktiviti pelancongan di Pahang. Malah, beliau juga adalah anak jati negeri tersebut.
Saya anak jati Raub. Mungkin orang tidak tahu tetapi saya banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang. Saya harap mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini.
Fizz berharap netizen memahami mengapa beliau diberikan pengiktirafan tersebut. Anggap sahaja itu adalah rezeki Fizz setelah berusaha untuk mempromosikan negeri kelaharinnya itu. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada beliau.

takeloknipu
January 30, 2018 at 12:31 pm
EUWWW…
dia ni dapat datoship???camne blh dapat?
Dato gatal boleh la kau dpt…
The truth
January 29, 2018 at 10:47 pm
ayah aku kerja dengan gomen lebih 30 tahun merata kehulu hilir merata dunia atas nama kerja baru dpt dato. dato je tau. oh ni main promosi2 and jd muka JPJ terus dpt datuk? kamon ah pahang. buek malu. low ngat aih cara hampa nilai sumbangan individu. patutnya lah kan datuk dari negeri pahang ni kena ada title berbeza = datung ke. dapong ke dapahang. baru org tauu ohhhh dari pahang. jgn kasi sama dengan datuk2 dan dato2 di luar sana yg lebih BANYAK menyumbang. malu aih. pahang oh…pahang… merendahkan martabatmu sendiri….
ohyeah..
January 29, 2018 at 8:28 pm
keh suka sgt wei fizz dpt datuk..org tak tau jasa aok, kaborkan …
Oja
January 29, 2018 at 7:07 pm
Tak heran lah fizz dpt datuk..dia memg nampak byk buat event utk pelancongan pahang..sumbangan dia besar…kepada negeri Pahang