Susulan daripada pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, figura politik itu ada mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengambil gaji sebagai PM dan juga portfolionya sebagai Menteri Kewangan.
Malah, kerajaan juga bersetuju untuk memotong gaji ahli kabinet dan jemaah menteri sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Pengumuman itu ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memberi respon positif dan menyokong tindakan itu sebagai respon kepada kesulitan yang dialami rakyat pada ketika ini.
Ini termasuklah selebriti Fizz Fairuz yang meluahkan rasa hairan dengan keputusan DS Anwar Ibrahim untuk bekerja namun tidak mengambil sebarang gaji.
Perkara itu diluahkan pelakon itu di satu hantaran Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Macam mana ek kerja tanpa gaji, kalau aku tak boleh ooo..
Dia dalam pada itu turut mempersoalkan mengenai kenyataan Perdana Menteri yang memberi jaminan bahawa harga telur di pasaran akan turun sedangkan harga minyak masih lagi berada di paras tertinggi.
Minyak pun tak turun lagi, bagi pulak harapan esok telur turun harga. Adoii, padiapaa…
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menolak untuk menggunakan kereta berjenama mewah sebagai kenderaan rasmi ketika bergelar Perdana Menteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.