Fizz Fairuz Akui Tidak Kisah Berat Badan Almy Nadia Meningkat

Hiburan

Fizz Fairuz Akui Tidak Kisah Berat Badan Almy Nadia Meningkat

Bentuk badan Almy Nadia sering menjadi isu hangat dikalangan netizen. Pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada aktres itu termasuklah ada mulut-mulut jahat yang mengatakan Almy tidak takut jika suaminya, Fizz Fairuz mula berubah hati.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Fizz akui beliau tidak kisah dengan penambahan berat badan isterinya itu. Apa yang penting ialah Almy berada dalam keadaan sihat.

Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul. Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat.

Fizz juga tidak mendesak isterinya untuk menurunkan berat badan dan memahami wanita itu sibuk menguruskan hal rumah tangga dan kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak. Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri.

Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak. Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit.

Beruntung sekali Almy mempunyai seorang suami yang memahami seperti Fizz. Tak mengapa, peduli apa orang kata asalkan diri sendiri bahagia bukan?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    May 15, 2018 at 10:38 am

    cadangan bagus, nak tambah sikit… fizz fairuz bagi bibik 3 4 org jaga kebersihan, jaga baby, jaga anak, bukan setakat slim macam DCT dah.. macam eina azman terus..

  2. leeminhoo

    May 15, 2018 at 9:03 am

    fizz…. mu syg bini kan… masa almy pntng nnt ko amik pakej jga bini ko…. pakej selim trus….. bukan apa… badan naik ni cepat letih…. dia dh la urus ank2 lg…
    lepas tu masak… bg la rest utk bini sama….

  3. kakikucinghitam

    May 15, 2018 at 8:46 am

    u better diet women. bahaya berbadan besar .. penyakit senang dtg. u better watch what u eat and exercise

    • Anonymous

      May 15, 2018 at 8:57 am

      you better fix your languange human. it’s rude to call someone as “women”.

    • >.

      May 15, 2018 at 10:22 am

      language

  4. Ha..98kg

    May 15, 2018 at 8:35 am

    Akupun blum kwen brt dlm 60kg ke bwh.
    Bila dh jdi mkcik skrg umur 48 kbwh, dn brt skrg 75. Rangkapun bsr.
    Tpi hrp2 jgnlh lebih dh dkt 100kg.
    Ini mmg gemuk dn obesiti.
    Bila ckp bnr jgn mrah ye..ini bgi kbaikn Amy juga yg comel dn manis muka tu. U mmg comel dn manis.
    Kurangknlh berat tu..dh dkt 100kg u.
    Dri 100 ke 80.
    80 ke 70.
    70 ke 50…baru WOW..WOW..WOW..Sepadan dgn Amy yg cantik dn manis.

  5. aku tetap aku

    May 15, 2018 at 8:19 am

    ye. kau kata tak pa. jgn nanti alasan ko crk betina lain bila kau rasa badan bini kau dh tak menarik. kau dh la ada kes dulu tinggalkan almy…

Loading...