Bentuk badan Almy Nadia sering menjadi isu hangat dikalangan netizen. Pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada aktres itu termasuklah ada mulut-mulut jahat yang mengatakan Almy tidak takut jika suaminya, Fizz Fairuz mula berubah hati.
Walaubagaimanapun, Fizz akui beliau tidak kisah dengan penambahan berat badan isterinya itu. Apa yang penting ialah Almy berada dalam keadaan sihat.
Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.
Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul. Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat.
Fizz juga tidak mendesak isterinya untuk menurunkan berat badan dan memahami wanita itu sibuk menguruskan hal rumah tangga dan kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak. Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri.
Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak. Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit.
Beruntung sekali Almy mempunyai seorang suami yang memahami seperti Fizz. Tak mengapa, peduli apa orang kata asalkan diri sendiri bahagia bukan?